Voting

Thursday, July 1, 2010

TAT KALA RINDU BERTAMU ( 02)

Hari pertama persekolahan,Sara masuk ke kelas dengan semangat yang baru dan azam yang tinggi untuk berjaya dalam pelajarannya.Sarah ingin mengikut jejak langkah abang dan kakaknya yang kini sedang belajar di luar negara.Itu lah impian Sarah.Walaupun mama dan papa tak kisah jika sarah tidak ke luar negara tapi sarah tak peduli.Cita-cita dan impiannya akan di kejar.
Selepas loceng berbunyi,sesi pembelajaran pun bermula.Semua pelajar menumpukan perhatian kepada Cikgu Mariah yang merupakan guru kelas Tingkata 1 Bestari, manis orangnya.Ramah dan lembut tapi masih ada ketegasannya.
Tepat 9.45 pagi loceng berbunyi menandakan waktu rehat .Para pelajar keluar menuju ke kantin termasuk Sarah.
“ kau orang,nak makan apa?.”Tanya Emil kepada Sarah dan Mira.
“ Aku macam tak lapar sangat ni,minum je la.”jawab Sarah sambil matanya mencari tempat untuk mereka duduk.
“aku lapar la pulak,aku nak pergi tengok dulu ada apa kat sana?”.ujar Mira kepada Sarah dan Emil sambil berlalu pergi.
“Mira,tunggu aku la..kau nak minum apa Sarah?”soal Emil lalu bingkas bangun untuk mengejar mira.
“Macam biasa.”pantas Sarah menjawab sambil tersenyum melihat Emil berlari-lari anak untuk bersaing dengan Mira.
Sarah memerhati sekeliling kantin ,sarah tersenyum melihat sekumpulan gadis sedang bergelak ketawa sambil berbual dengan dua orang pemuda.Sarah meneka sendiri didalam hatinya yang mereka seperti sedang mencuri perhatian pemuda pemuda tersebut.Entah mengapa saat salah seorang pemuda itu berpaling hatinya menjadi tidak keruan.
“dia lagi?.”ungkap Sarah antara dengar dan tidak.Cepat-cepat Sarah melarikan pandangannya.
“huhh!! Panjang betul kena beratur.” Sarah dengar dengan jelas suara mira yang sedang menghampiri meja Sarah.Mira meletakkan air dihadapan Sarah sambil tersenyum.
“ Cepat la makan,nanti tak sempat pulak.”arah Sarah kepada Mira dan Emil,lantas Sarah menyedut air limau ais.Hilang rasa hausnya.Usai makan mereka bergerak memasuki kelas.
Suasana di dalam kelas riuh-rendah sementara menunggu kedatangan guru yang seterusnya.Ada yang baru berkenal-kenalan,bergurau senda tak kurang juga yang sedang mendiamkan diri dengan hal masing-masing.Sarah ralit memerhatikan suasana itu.Mira dan Emil entah ke mana.
Sarah seperti dapat merasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.Sarah tidak selesa dan tercari-cari di manakah gerangan sepasang mata itu.Lalu Sarah memalingkan mukanya ke bangunan sebelah dan sepasang mata itu terus memerhatikannya dan tersenyum .Sarah terpana tatkala mata mereka bertautan.
“Dia lagi.tadi kat kantin.Sekarang dalam kelas pulak! Tak ke gila namanya ni??”Sarah bermonolog seorang diri.Sarah hanya mampu membalas senyuman pemuda itu.
“Agak-agak mamat tu nama apa,ekk?”Tanya Sarah kepada dirinya sendiri.
“Hoi! Sarah,nama mamat mana pulak ni?”Tiba-tiba, Sarah dengar suara Mira di sebelahnya.Emil tersengih macam kerang busuk je,sambil mengenyit matanya kepada Sarah.Sarah hanya mampu menggeleng kepalanya.
Belum sempat Mira bertanya lagi,Puan Aisyah Masuk ke kelas untuk mengajar matapelajaran yang seterusnya.Sarah tersenyum puas kepada Mira dan Emil.Nasib baik,kalau tidak mati aku,hati Sarah berkata-kata sendiri.

1 comment:

  1. hai!! lamanya tunggu sambungan citer ni..akhirnya!!!

    ReplyDelete