Voting

Wednesday, June 2, 2010

TAT KALA RINDU BERTAMU ( 01)

Akhirnya Sara sampai juga ke perkarangan Sek.Men. Lestari untuk mendaftar sebagai pelajar baru.Lalu Sarah turun daripada kereta papanya dan mengorak langkah ke Dewan Besar untuk sesi pendaftaran.Selepas proses pendaftaran selesai,Sarah mencari kelibat dua sahabat baiknya , amira dan emil.
“mana pulak si mira dengan emil ni?”Sarah merungut sendirian.
“ maaf,adik.Boleh saya Bantu?” Sarah menoleh kearah suara yang menyapanya lalu tersenyum.
“ emm..tak apa terima kasih,saya sedang mencari kawan-kawan saya.”jawab Sarah dengan malu-malu.Hati Sarah berdebar-debar tatkala bertentangan mata dengan pemuda itu.
“apasal pulak dengan aku ni?,tak pernah aku rasa macam ni?”. Ngomel sara didalam hatinya.
“ok.kalau macam tu saya pergi dulu la..jumpa lagi,” Jawab pemuda itu lalu meninggalkan Sara sendirian.
Sara melihat pemuda itu berlalu pergi sehingga tidak kelihatan.
“Handsome juga mamat tu ..tapi lupa pulak nak Tanya nama dia!!”Timbul rasa kesal pulak dihati Sara.
“Ala.. lain kali mesti jumpa lagi,bukan besar sangat pun sekolah ni.”Sarah berkata-kata sendirian.
Sara menoleh kebelakang dan dia ternampak kelibat Mira dan Emil.
“ Hoi, Mira, Emil.”jerit Sarah memanggil kawan-kawannya.
“hai..Sara,kau ni puas kita orang cari,kat sini rupanya kau!”jawab Mira sambil menghampiri Sara dan ikuti oleh Emil.
“Kau dapat kelas mana,Sara?”soal Emil sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“1 Bestari,kau berdua?” Soal Sara pula kepada Mira dan Emil.
“ haha..sama la kita.”jawab Mira dan Emil serentak.Lalu mereka bertiga ketawa bersama-sama.
Dari jauh, Sarah terpandang pemuda tadi sedang bejalan dengan kawan-kawanya.Pemuda itu kelihatan sungguh gembira .Entah apa yang mereka bualkan?.Tiba-tiba pemuda itu memberikan senyuman kepada Sara dan Sara membalasnya.Tika itu hati Sarah kembali berdebar-debar.Sarah cepat-cepat menoleh ke arah Mira dan Emil.
“Jom masuk dewan,sesi suai kenal dah nak start ni.” Ajak Sarah ,lalu megorak langkah sambil dituruti oleh Mira dan Emil.
Suasa didalam dewan sunyi dan senyap sahaja.Di hadapan semua senior yang terlibat dalam program ini sedang bercakap sesama sendiri.Seketika kemudian beberapa orang guru memasuki dewan dengan diiringi oleh beberapa orang petugas program ini.Sekali lagi Sarah terpandang pemuda itu .Selepas itu pengerusi majils menjemput Pengetua Sekolah memberi ucapan.Semua pelajar baru memberi perhatian dengan setiap ucapan Pengetua Sek itu.
Setelah hampir tiga jam sesi suaikenal itu berakhir.Maka esok bermulalah kehidupan Sarah sebagai pelajar sek. Men dan remaja.Sarah bingkas bangun untuk keluar dari dewan dan terus ke kereta papanya untuk pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment