Voting

Thursday, July 1, 2010

TAT KALA RINDU BERTAMU ( 02)

Hari pertama persekolahan,Sara masuk ke kelas dengan semangat yang baru dan azam yang tinggi untuk berjaya dalam pelajarannya.Sarah ingin mengikut jejak langkah abang dan kakaknya yang kini sedang belajar di luar negara.Itu lah impian Sarah.Walaupun mama dan papa tak kisah jika sarah tidak ke luar negara tapi sarah tak peduli.Cita-cita dan impiannya akan di kejar.
Selepas loceng berbunyi,sesi pembelajaran pun bermula.Semua pelajar menumpukan perhatian kepada Cikgu Mariah yang merupakan guru kelas Tingkata 1 Bestari, manis orangnya.Ramah dan lembut tapi masih ada ketegasannya.
Tepat 9.45 pagi loceng berbunyi menandakan waktu rehat .Para pelajar keluar menuju ke kantin termasuk Sarah.
“ kau orang,nak makan apa?.”Tanya Emil kepada Sarah dan Mira.
“ Aku macam tak lapar sangat ni,minum je la.”jawab Sarah sambil matanya mencari tempat untuk mereka duduk.
“aku lapar la pulak,aku nak pergi tengok dulu ada apa kat sana?”.ujar Mira kepada Sarah dan Emil sambil berlalu pergi.
“Mira,tunggu aku la..kau nak minum apa Sarah?”soal Emil lalu bingkas bangun untuk mengejar mira.
“Macam biasa.”pantas Sarah menjawab sambil tersenyum melihat Emil berlari-lari anak untuk bersaing dengan Mira.
Sarah memerhati sekeliling kantin ,sarah tersenyum melihat sekumpulan gadis sedang bergelak ketawa sambil berbual dengan dua orang pemuda.Sarah meneka sendiri didalam hatinya yang mereka seperti sedang mencuri perhatian pemuda pemuda tersebut.Entah mengapa saat salah seorang pemuda itu berpaling hatinya menjadi tidak keruan.
“dia lagi?.”ungkap Sarah antara dengar dan tidak.Cepat-cepat Sarah melarikan pandangannya.
“huhh!! Panjang betul kena beratur.” Sarah dengar dengan jelas suara mira yang sedang menghampiri meja Sarah.Mira meletakkan air dihadapan Sarah sambil tersenyum.
“ Cepat la makan,nanti tak sempat pulak.”arah Sarah kepada Mira dan Emil,lantas Sarah menyedut air limau ais.Hilang rasa hausnya.Usai makan mereka bergerak memasuki kelas.
Suasana di dalam kelas riuh-rendah sementara menunggu kedatangan guru yang seterusnya.Ada yang baru berkenal-kenalan,bergurau senda tak kurang juga yang sedang mendiamkan diri dengan hal masing-masing.Sarah ralit memerhatikan suasana itu.Mira dan Emil entah ke mana.
Sarah seperti dapat merasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.Sarah tidak selesa dan tercari-cari di manakah gerangan sepasang mata itu.Lalu Sarah memalingkan mukanya ke bangunan sebelah dan sepasang mata itu terus memerhatikannya dan tersenyum .Sarah terpana tatkala mata mereka bertautan.
“Dia lagi.tadi kat kantin.Sekarang dalam kelas pulak! Tak ke gila namanya ni??”Sarah bermonolog seorang diri.Sarah hanya mampu membalas senyuman pemuda itu.
“Agak-agak mamat tu nama apa,ekk?”Tanya Sarah kepada dirinya sendiri.
“Hoi! Sarah,nama mamat mana pulak ni?”Tiba-tiba, Sarah dengar suara Mira di sebelahnya.Emil tersengih macam kerang busuk je,sambil mengenyit matanya kepada Sarah.Sarah hanya mampu menggeleng kepalanya.
Belum sempat Mira bertanya lagi,Puan Aisyah Masuk ke kelas untuk mengajar matapelajaran yang seterusnya.Sarah tersenyum puas kepada Mira dan Emil.Nasib baik,kalau tidak mati aku,hati Sarah berkata-kata sendiri.

Wednesday, June 2, 2010

TAT KALA RINDU BERTAMU ( 01)

Akhirnya Sara sampai juga ke perkarangan Sek.Men. Lestari untuk mendaftar sebagai pelajar baru.Lalu Sarah turun daripada kereta papanya dan mengorak langkah ke Dewan Besar untuk sesi pendaftaran.Selepas proses pendaftaran selesai,Sarah mencari kelibat dua sahabat baiknya , amira dan emil.
“mana pulak si mira dengan emil ni?”Sarah merungut sendirian.
“ maaf,adik.Boleh saya Bantu?” Sarah menoleh kearah suara yang menyapanya lalu tersenyum.
“ emm..tak apa terima kasih,saya sedang mencari kawan-kawan saya.”jawab Sarah dengan malu-malu.Hati Sarah berdebar-debar tatkala bertentangan mata dengan pemuda itu.
“apasal pulak dengan aku ni?,tak pernah aku rasa macam ni?”. Ngomel sara didalam hatinya.
“ok.kalau macam tu saya pergi dulu la..jumpa lagi,” Jawab pemuda itu lalu meninggalkan Sara sendirian.
Sara melihat pemuda itu berlalu pergi sehingga tidak kelihatan.
“Handsome juga mamat tu ..tapi lupa pulak nak Tanya nama dia!!”Timbul rasa kesal pulak dihati Sara.
“Ala.. lain kali mesti jumpa lagi,bukan besar sangat pun sekolah ni.”Sarah berkata-kata sendirian.
Sara menoleh kebelakang dan dia ternampak kelibat Mira dan Emil.
“ Hoi, Mira, Emil.”jerit Sarah memanggil kawan-kawannya.
“hai..Sara,kau ni puas kita orang cari,kat sini rupanya kau!”jawab Mira sambil menghampiri Sara dan ikuti oleh Emil.
“Kau dapat kelas mana,Sara?”soal Emil sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“1 Bestari,kau berdua?” Soal Sara pula kepada Mira dan Emil.
“ haha..sama la kita.”jawab Mira dan Emil serentak.Lalu mereka bertiga ketawa bersama-sama.
Dari jauh, Sarah terpandang pemuda tadi sedang bejalan dengan kawan-kawanya.Pemuda itu kelihatan sungguh gembira .Entah apa yang mereka bualkan?.Tiba-tiba pemuda itu memberikan senyuman kepada Sara dan Sara membalasnya.Tika itu hati Sarah kembali berdebar-debar.Sarah cepat-cepat menoleh ke arah Mira dan Emil.
“Jom masuk dewan,sesi suai kenal dah nak start ni.” Ajak Sarah ,lalu megorak langkah sambil dituruti oleh Mira dan Emil.
Suasa didalam dewan sunyi dan senyap sahaja.Di hadapan semua senior yang terlibat dalam program ini sedang bercakap sesama sendiri.Seketika kemudian beberapa orang guru memasuki dewan dengan diiringi oleh beberapa orang petugas program ini.Sekali lagi Sarah terpandang pemuda itu .Selepas itu pengerusi majils menjemput Pengetua Sekolah memberi ucapan.Semua pelajar baru memberi perhatian dengan setiap ucapan Pengetua Sek itu.
Setelah hampir tiga jam sesi suaikenal itu berakhir.Maka esok bermulalah kehidupan Sarah sebagai pelajar sek. Men dan remaja.Sarah bingkas bangun untuk keluar dari dewan dan terus ke kereta papanya untuk pulang ke rumah.

TATKALA RINDU BERTAMU ( Sinopsis )

SINOPSIS
Sarah Irdina seorang gadis yang serba sederhana memiliki segalanya dalam hidupnya.Seorang yang peramah dan riang membuatkan sesiapa yang mendekatinya pasti akan menyayanginya.Namun takdir telah menemukan Sarah Irdina dengan seorang pemuda, Izhar Syakir yang telah berjaya merawat hatinya yang terluka.Kebahagiaan menjadi milik mereka sehingga kemunculan semula Iqbal Syamer yang merupakan cinta pertama Sarah Irdina di zaman remaja.Sarah terperangakap antara janji-janji silam dan cintanya kini.
Sarah terpaksa membuat pilihan antara Izhar dan Syamir,Sarah binggung kerana dia amat menyayangi kedua-duanya..
Tat kala rindu bertamu Sarah yakin dia perlu membuat pilihan demi kebahagian dirinya,Izhar Syakir dan Iqbal Syamer